Wednesday, December 16, 2009

Kenali Rasulullah.


Nama penuh: Muhammad bin 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim

Nama bapa: 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim

Nama ibu: Aminah binti Wahab bin 'Abdul Manaf

Nama datuk: Syaibah bin Hâsyim dikenal dengan nama 'Abdul Muttalib

Bapa-bapa saudara:

• Al-Harith bin Abdul Muthalib

• Muqawwam bin Abdul Muthalib

• Zubair bin Abdul Muthalib

• Hamzah bin Abdul Muthalib

• Al-Abbas bin Abdul Muthalib

• Abu Thalib bin Abdul Muthalib

• Abu Lahab bin Abdul Muthalib

• Abdul Kaabah bin Abdul Muthalib

• Hijl bin Abdul Muthalib

• Dzirar bin Abdul Muthalib

• Ghaidaq bin Abdul Muthalib


Nama Ibu susuan Rasulullah:

- Ibu susuan pertama Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)

- Ibu susuan kedua Halimah binti Abu Zuaib As-Sa‘diah (lebih dikenali Halimah As-Sa‘diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)


Nama isteri pertama dan usia baginda berkahwin:

Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah pada 25 tahun



Nama isteri-isteri Rasulullah:

1. Khadijah bt. Khuwailid al-Asadiyah r.a

2. Saudah bt. Zam'ah al-Amiriyah al Quraisiyah r.a

3. Aisyah bt Abi Bakr r.a (anak Saidina Abu Bakar)

4. Hafsah bt. Umar bin al-Khattab r.a (anak Saidina 'Umar bin Al-Khattab

5. Ummu Salamah Hindun bt. Abi Umaiyah r.a (digelar Ummi Salamah)

6. Ummu Habibah Ramlah bt. Abi sufian r.a

7. Juwairiyah ( Barrah ) bt. Harith

8. Safiyah bt. Huyay

9. Zainab bt. Jansyin

10. Asma' bt. al-Nu'man al-Kindiyah

11. Umrah bt. Yazid al-Kilabiyah

12. Zainab bin Khuzaimah (digelar 'Ummu Al-Masakin'; Ibu Orang Miskin)



Nama anak-anak Rasulullah:

1. Qasim

2. Abdullah

3. Ibrahim

4. Zainab

5. Ruqaiyah

6. Ummi Kalthum

7. Fatimah Al-Zahra'

8. Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).[anak tiri Rasulullah]



Pengalaman bekerja Rasulullah:


Semenjak kecil lagi, baginda telah menternak kambing dan berniaga membantu bapa saudaranya.
Abu Talib telah membawa baginda ke Syam (Syria) bagi membantunya berniaga.
Apabila baginda telah agak dewasa, baginda telah mula menjalankan perdagangan baginda sendiri secara kecil-kecilan dan menjalankan perniagaan dengan menggunakan modal orang lain kerana baginda sedar bapa saudaranya bukanlah terdiri daripada orang yang berada dan beliau terpaksa menyara sebuah keluarga yang besar.

Ketika baginda berusia dua puluh lima tahun, baginda telah pergi ke Syam untuk kali kedua bagi menjalankan perniagaan Sayidatina Khadijah. Bukti Rasulullah adalah seorang ketua keluarga yang patut dicontohi: Rasulullah merupakan seorang yang pengasih.

Sebagai seorang suami, baginda sering membantu isteri menjalankan urusan rumah seperti memasak, menampal pakaian yang koyak, memmbersih rumah dan menjaga anak.

Sebagai seorang bapa, baginda memberi pendidikan agama yang secukupnya dan menjadi seorang contoh yang baik kepada anak-anak.

Gelaran Al-Amin: Baginda merupakan seorang yang jujur, amanah dan budi pekerti. Perkataan dan perbuatan baginda sentiasa dipercayai sehingga baginda diberi gelaran al-Amin oleh masyarakat Arab Quraisy.


Sifat-sifat terpuji Rasulullah:

- Berkata benar (siddiq)

- Boleh dipercayai (amanah)

- Penyampai ajaran Islam (tabliq)

- Bijaksana (fatanah)

Kepimpinan Rasulullah disebalik peristiwa banjir di kota Mekah ketika Rasulullah berusia 35thn: Kota Mekah telah dilanda banjir kilat yang menyebabkan dinding kaabah pecah dan runtuh. Kaum Quraisy telah membina semula bahagian yang runtuh. Kemudian timbul perbalahan antara ketua kaum Quraisy yang berebut untuk mengangkat dan meletakkan Hajar Aswad di penjuru sebelah timur bangunan kaabah. Perbalahan ini hampir menimbulkan peperangan. Rasulullah telah menjadi hakim bagi menentukan kedudukan Hajar Aswad dan secara tidak langsung Rasulullah telah meleraikan perbalahan antara ketua kaum Quraisy.


Peristiwa Rasulullah menerima wahyu:

- Wahyu pertama diterima Rasulullah pada hari isnin, 17 ramadan (6 ogos 610 M)

- Ketika itu Rasulullah berusia 40 tahun.

- Wahyu tersebut diterima baginda di Gua Hirak al-Jabar Nur.

- Surah al-Alaq, wahyu pertama yang berbunyi "Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya."

- Wahyu kedua, surah al-Muddasir (ayat 1-7) diturunkan di Bukit Nur berhampiran Makkah.

- Wahyu kedua ini menandakan pelantikan baginda sebagai Rasulullah atau pesuruh Allah.



Tokoh-tokoh awal memeluk Islam:

• Zaid bin Harithah (anak angkat nabi)

• Ali bin Abu Talib (sepupu nabi berusia 10 tahun)

• Khadijah binti Khuwailid (isteri nabi dan orang pertama memeluk Islam)

• Abu Bakar al-Siddiq (sahabat karib)


Wahyu pertama yg diterima oleh Rasulullah, masanya dan usia Rasulullah:

- Wahyu pertama iaitu dari surah al-Alaq yang berbunyi "Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya."

- pada hari isnin, 17 ramadan (6 ogos 610 M)

- Berusia 40 tahun.


Keadaan Rasulullah ketika menerima wahyu:

Pada suatu ketika sedang dia bertafakkur itu datanglah malaikat kepadanya, lalu berkata: "Bacalah!" (Iqra'). Lalu Rasulullah menjawab; "Saya tidak pandai membaca." Lalu kata beliau: "Maka diambilnya aku dan dipagutnya sampai habis tenagaku. Kemudian dilepaskan¬nya aku dan dia berkata pula: "Bacalah!" Tetapi aku jawab: "Aku tidak pandai membaca!" Lalu dipagutnya pula aku sampai habis pula tenagaku.

Kemudian ditegakkannya aku baik-baik dan dikatakannya pula: "Bacalah!", yang ketiga kali, lalu berkatalah malaikat itu: "Bacalah dengan nama Tuhanmu yang telah menjadikan," sampai kepada ujung "Yang telah mengajarkan kepada manusia apa yang dia tidak tahu." Setelah sampai pada ujung ayat tersebut malaikat itu pun ghaiblah dan tinggallah beliau seorang diri dalam rasa kengerian.

Lalu beliau segera pulang kepada isterinya Khadijah. Lalu beliau berkata: "Selimutilah aku, selimutilah aku." (Zammiluuni, zammiluuni). Maka segeralah orang-orang dalam rumah menyelimuti beliau, sampai rasa dingin itu hilang. Lalu berkatalah beliau kepada Khadijah: "Hai Khadijah, apakah yang telah terjadi atas diriku ini?" Lalu beliau ceriterakan segala yang telah beliau alami itu, akhirnya beliau berkata: "Aku ngeri atas diriku."

Jarak masa di antara kita dan Nabi Muhammad s.a.w. sudah hampir 1400 tahun dan pengajian kita mengenai baginda baik dari segi batang tubuhnya atau juga dari lain-lain segi masih banyak yang belum rapat dan mesra. Besar kemungkinan bahawa cinta dan mesra terhadap baginda akan semakin pudar dan kehilangan tempat dalam jiwa kita dan ini besar bahayanya....



Satu ikhtiar mesti dibuat segera bagi menghadapi kemungkinan buruk ini.Bulan Rabi'ulawal selalunya memegang peranan penting untuk ini. Dia mempunyai daya penyusup ke dalam jiwa yang masih hidup untuk ingatan kita.

Seperti juga Ramadhan , banyak membuat orang terpegun lama di hadapan Al-Quran Al-Karim dengan penuh khusyu' dan insaf di malam-malam harinya.

Apa kata kalu kita berhenti sejenak menatap wajahnya yang mulia dan jasadnya yang diberkati, mana tahu selera kita bertambah dan sayang mesra makin mendalam lagi.



Sifat-sifat TubuhNya Yang Mulia Di antara keistimewaan-keistimewaan penganut Islam yang begitu banyak ialah menyiapkan sebuah rekod khusus mengenai bentuk fizikal jasad Rasulullah

Nabi kesayangan mereka secara lengkap dan penuh perincian.


Dunia tidak akan ketemu dengan sebuah fail yang begitu kemas dan lengkap dalam pekara yang serupa terhadap batang tubuh mana-mana pemimpin dunia diseluruh alam termasuk mana-mana nabi zaman dahulu seluruhnya.

Kesayangan manuasia (sahabat) terhadap Nabi Besar Muhammad menyebabkan segala apa

mengenainya lebih-lebih sifatnya telah disurat dan dirakam dalam semua kitab, Sunanulsitta khususnya dalam Al-Zarqani dan Al-Syama' Al-Imamal-Tarmidzi Rahmahullah. Hasil dari itu maka seorang manusia muslim dengan segera dan tidak teragak-agak akan dapat mengenali Nabinya sekarang kalau ditakdirkan baginda hidup balik dan terserempak denganNya dimana

sahaja dan bila-bila pun.


Dibawah ini kita ringkaskan sedikit sifat-sifat tubuhnya.


Rasulullah dikurniakan sebatang tubuh yang tegap dan kacak (Murabba' Al-Qamah) cahaya kulitNya putih kemerahan-merahan. Ukuran tingginya seimbang dan sederhana, bila melangkah berjalan, maka seakan menurun

dari tanah tinggi kata sahabatnya. Rapi dan penuh dengan kesungguhannya. (Keadaan ini selain dari sebab-sebab bentuk tubuhnya yang tegap dan sihat maka ianya mencerminkan hasrat jiwanya yang tidak pernah kekosongan. Ada orang yang berbadan tegap dan rangkanya mengerunkan. Namun hentakkan kakinya tidak bermaya dan tidak tentu arah sahaja.. bila diajak

bercakap, maka jelas nampak rupanya jiwa dia kosong, tidak punya program hidup

sebab itu dia merayau-rayau membawa kaki sahaja.


Bagi Nabi Muhammad setiap detik umurnya penuh tepu dengan kerja. Maka anggotanya pun turut hidup dan menghayunkan rentak yang aktif.


Wajahnya cantik berseri dan sentiasa senyum mempunyai perwatakan yang menarik. Pernah sahabat-sahabatnya menatap wahajnya lama-lama kemudian menengadah kelangit merenung bulan purnama untuk menentukan mana satu yang lebih berseri.


Ditengahnya terpacak sebatang hidung yang comel tirus memancong. Kerongkong

matanya terpahat luas menampakkan bulatan mata hitamnya dengan jelas. Bahagian putihnya yang terpaut sekeliling menambahkan lagi seri wajahnya. Dari atas melebat turun rambut?rambut hitam berikal mayang mencecah bahu.Janggutnya yang hitam dibiarkan tumbuh dengan galaknya dikeliling kawasan muka, manakala misainya dipapas berandam bagi menampakkan sikap kelakian yang arif agaknya. Bila panjang menghulur lebih dari genggan jarinya terus dipotong serta dipesannya supaya umatnya juga berbuat begitu, supaya

kamu mempunyai watak dan syaksyiat muslim yang tidak serupa dengan kafir

musyrik katanya.


Giginya tersusun gagah . tentang putih bersihnya jangan ditanya kerana bersugi itu besar pahala mengikut ajarannya. Dan baginda sendiri sangat acap bersugi sampai saya bimbang takut giginya haus ujar seorang isteri. Bau mulutnya yang manis-manis anak itu membuat orang suka duduk dekat baginda berpidato. Yang anih bau peluhnya juga begitu. Pernah seorang perempuan tua , umu-aiman menyiapkan sebuah botol kecil, nasib-nasib dapat menyimpan peluh baginda didalamnya.

Diatas dadanya yang luas bidang itu terdapat banyak bulu-bulu gagah. Arus suburnya menali turun kebahagian bawahan perutnya. Manakala perutnya tdak besar berlabu tapi kemas dan sama kempis dengan bahagian dadanya. Di bahagian belakang dicelah dua tulang kipasnya menimbul sebiji butir sebesar telur burung kecil bertulis Allah dan dikenali sebagai "Mohor

Kenabian". Mengikut cerita lama butir ajaib inilah menyebabkan seorang Padri di negeri Syam mengesa bapa saudaranya Abu Talib yang sedang menjalankan urusan perniagaan bersama Nabi yang masih berumur dua belas tahun itu, suapaya cepat membawanya balik ke Mekah, jangan sampai ketara oleh Yahudi berdebah disini.


Mimpi Jumpa Nabi

Pada dasarnya Islam menerima kebenaran mimpi dengan syarat-syarat yang tertentu. Dia adalah satu-satunya saluran ghaib yang masih ada untuk manusia meninjau-ninjau ke alam seberang sana. Kerana kenabian sudah tamat,apa yang ada ialah khabar-khabar gembira atau mimpi sallih yang dapat dilihat oleh seorang mukmin, maksud satu hadis dengan sabdanya:


"Sesiapa yang bermimpi melihat akau setelah aku mati, maka seolah-olah dia melihat aku sewaktu aku masih hidup, kerana Syaitan tidak akan berdaya meniru contoh rupaku'.


Memang bertuah kalau anda dikurniakan sekali lagi mimpi begini.


Nabi Kenal Kita Di Akhirat?


Jarak masa di antara kita sekarang dan Rsulullah telah begitu jauh jurangnya. Apa sempatkah Rasulullah mengenali kita dicelah-celah semak-samun manusia yang berhimpit-himpit di padang Mahsyar nanti???


Satu soalan yang mungkin meletus dikepala kita, dan kebetulan telah pun meletus di dalam kepala seorang sahabat Rasulullah dizaman hayatnya dulu, lalu menyoalnya terus. Untuk meredakan kerunsingan sahabatnya yang bimbangkan nasib anak cucunya yang lahir selepas kematian Nabi itu ,Baginda membuat satu kias yang dapat dimengertikannya sendiri,

katakanlah tuan memelihara seekor kambing berwarna hitam bercampur dengan kambing-kambing jiran disebelah yang beribu-ribu ramainya tapi kesemuanya berwarna putih belaka. Sukarkah tuan mengenali kambing tuan ? jawab sahabat: tentu tidak sukar ya! Saya pun begitu juga. Umat-umat saya akan dibangkit dari kubur masing-masing lengkap dengan tanda-tandanya sekali. Iaitu kakitangan mereka cantik berseri oleh kesan air wudu'k .


Sudahkah anda berwudu'k?


Akhir sekali bolehkah kita sendiri mengenali baginda, sedangkan kita tidak pernah bertemu wajah dengannya?


Mengikut hukum adat, memang boleh bahkan lebih mudah bagi orang ramai mengenali orang seseorang. Untuk menguatkan lagi, sila tatap sebuah hadiyh yang di bawa oleh Imam Al-Bukhari sendiri bermaksud: Bila selesai urusan menanam seorang mayat, datanglah malaikat-malaikat yang di tugaskan khusus sambil menanya; Awak kenal siapa orang ini? Sambil menunjukkan gambaran; satu lembaga manusia kiranya yang di soal itu dari kalangan mukmin,

maka dengan senang dia menjawab bahawa; Inilah Muhammad. Dia diutus kedunia mengajarmu agama Allah. Saya sendiri telah menjunjung segala apa yang diajarnya dengan penuh keyakinan.


Sebaliknya kalau sidia itu dari kalangan kafir atau munafik. Maka jawabnya: Oh! ??? saya dengar khabar orang ini ialah Muhamad. Belumpun sempat dia berceloteh lebih panjang, sebatang tongkat besi telah melayang singgah di kepala nya serta ditempelak.


Begitu lama kamu hidup di dunia menghirup segala rupa rezeki Allah dan mencebuk segala kesenangan hidup. Tapi kamu cuma main dengar khabar sahaja? Maka sambung menyambung lah segala rupa azab sengsara keatasnya. Sekarang sudahkah tuan kenal Nabi Muhammad siapa orangnya ?

No comments:

Post a Comment