Thursday, December 10, 2009

bid'ah hasanah dari sudut pandang ulama' mazhab syafie

 


imam nawawi menyatakan dalam kitabnya : "Tahzib al Asma wal Lughat" (Jld 3/22) bahawa : Bid'ah pada syarak ialah mengadakan sesuatu yang tiada wujud di zaman rasuluLLah sallaLlahu 'alaihi wasallam dan ia terbahagi kepada bid'ah hasanah (bid'ah baik) dan bid'ah qabihah (yang keji)

Kat sini kita kan membincangkan apakah yang ulamak2 maksudkan dari segi lughah dan itilah dari perkataan bid'ah agar kita dapat memahani apakah yang di maksudkan dari perkataan bid'ah itu sendiri, ramai orang yang tersalah paham, hatta orang yang belajar agama sekali pun salah paham dari apakah yang ulamak2 tafsirkan, inilah kesilapan orang-orang agama dalam menaqalkan ilmu..bila ilmu yang di naqalkan tidak amanah atau dengan menyimpan perasaan bermusuhan dengan orang yang tidak sependapat tanpa mengkaji dari sudut neraca ilmu sehingga menimbulkan salah faham…

Saya ingin mengambil ta'rifan yang diberi oleh imam syatibi, kerana beliau terkenal dalam ilmu fiqh dan usol fiqh jaguh besar mazhab imam syafie, belaiu juga telah berjaya menyatukan kesalah pahaman dalm istilah usol fiq.. kitab karangan beliau yang terkenal adalah muwafaqot yang menjadi rujukan utama terutama pada zaman ni kerana berjaya menghasil maqosidu syara'.. beliau ada 1 buku yang bertajuk al I'tisom beliau memberi ta'rif apa itu bid'ah, saya pilih tokoh ini kerana ada seorang Dr yang bernama ibrahim bin amir arruhaili ketika membuat tesis pdd di bawah tajuk "mauqif ahli sunnah wal jamaah min ahli bid'ah wal ahwa" beliau mengkaji banyak2 ta'rif, bg beliau ta'rif syatibi agak tepat,,

Imam syatibi menta'rifkan
"sesuatu yang di reka didalam agama yang menyerupai syariah, tujuan mengamalkannya adalah untuk berlebihan dan dan mendekatkan diri kepada Allah"

(anda boleh baca dalam I'tisom, beliau ada syarahkan ta'rif tersebut, panjang untuk di huraikan)
Beliau tidak maksudkan dengan membuat sekolah, belajar ilmu usol fiq sebagai bid'ah, belajar ilmu nahu saraf dan lain lagi sebagai bid'ah. Kesimpulan ta'rif seperti berikut

1. bid'ah adalah jalan syara' yang baru yang di reka dan di anggap ibadah dengan mengerjakanya , adapun membuat perkara baru yang bukan ibadah di dalam agama tidak di namakan bid'ah seperti Bersalam-salaman selepas solat Subuh dan Asar, mempelbagai makanan dan minuman yang enak,begitu juga pada pakaian, tempat tinggal, memakai selendang (diatas bahu),membesarkan lengan baju dan sebagainya.
2.orang yang melakukan bid'ah menganggap cara itu adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah tanpa ada contoh dari nabi
3.bid'ah hasanah hanya ada pada istilah lughah iaitu pd perkara yg merangkumi urusan dunia sbgmana contoh yg telah diberi…pembinaan sekolah, pembukuan kitab hadis, mengklasifikasikan ilmu kepada usul fiqh, ilmu fiqh, ilmu nusthalah hadis, azan menggunakan mikrofon….semua ini sememangnya tiada di zaman Rasulullah., inilah yg dinamakan bid'ah hasanah (dr segi bahasa). Adapun yg dimaksudkan syara' di mana Rasulullah tegaskan setiap bid'ah adalah sesat maka ianya adalah darihal urusan ibadat, bagaimana cara berwudhuk bersolat berzikir dan sebagainya.


Kite tahu jaguh2 dalam mazhab imam kita iaitu imam syafie ada menggunakan bid'ah hasanah seperti imam syafie sendiri sebut, al izz abdul salam yang di gelar sulton ulama', imam nawawi, imam suyuti mereka ada mengatakan bid'ah hasanah atau bid'ah mahmudah dan dolalah atau saiyiah..

Kite lihat apakah komemtar imam2 ini
ada orang yang mengambil ta'rifan yang di berikan oleh imam nawawi ini sahaja tanpa mengkajinya adalah satu kesilapan , kata-kata imam nawawi dalam kitab"Tahzib al Asma wal Lughat" (Jld 3/22) bahawa : Bid'ah pada syarak ialah mengadakan sesuatu yang tiada wujud di zaman rasuluLLah sallaLlahu 'alaihi wasallam dan ia terbahagi kepada bid'ah hasanah (bid'ah baik) dan bid'ah qabihah (yang keji)

Okey apakah yang di maksudkan bid'ah mahmudah td tu dalam ta'rif oleh imam nawawi termasuk perkara yang di reka dalam agama yang tiada asal atau adakah dalam agama bid'ah hasanah???
Jawpanya tidak, bida'ah hasanah itu adalah yang tiada kaitan dalam ibadat BUKTINYA : imam nawawi ada 1 kitab yang bertajuk al azkar dalam azkar imam nawawi ada menyatakan "ketahuilah yang sohih lagi terpilih menjadi amalan salafu soleh radiyallahu anhum adalah diam ketika mengiringi jenazah, jgn di angkat suara dengan zikir dan selainya." katanya lagi "inilah cara yang betul. jgn kamu salah dengan banyak orang yang menyalahinya, sesungguhnya telah aku jelaskan adabul qiraah, tentang keburukanya, besar keharamanya, dan fasik kepada sesiapa yang mampu membantahnya tapi tidak membantahnya

Kalo kita lihat imam nawawi menafikan perkara tersebut kerana tiada asal dalam agama, jika kite nak releted kan ngan ta'rif sudah pasti perkara tersebut dibolehkan sbb mender baik akan tetapi bid'ah mahmudah yang di maksudkan adalah dari segi lughah sahaja

Yang kedua jaguh imam al izz abdul salam membahagikan bid'ah kepada beberapa bahagian wajib,sunat,mubah,makruh,dan haram sebagai mana apa yang telah di pahami oleh sebagahian orang ..tp beliau tak terangkan ta'rif yang di pahami oelh imam al izz abdul salam di dalam kitabnya "qawaid ahkam fil masolihil anam"
kalo kite tak baca ta'rifan yang di beri oleh imam izz abdul salam kite tak tahu naper imam izz abdul salam membahagikan kepada 5, Imam izz abdul salam menta'rifkan bid'ah adalah
"bid'ah adalah perbuatan yang tak pernah berlaku pada zaman nabi"

Mengikut ta'rif ialah apa yang tak pernah berlaku pada zaman nabi semuanya bid'ah , oley yang demikianlah beliau membahagikan kepada 5,dan wajarlah membahagikan kepada 5 . kalo mengikut ta'rif syatibi yang di atas tadi memang tak ley nak bahagikan 5 sebab ta'rifnya da jelas,


Imam syatibi juga menjawab ta'rif yang di berikan oleh izz abdullsalam "sesungguhnya membahagikan bid'ah kepada 5 ini adalah sesuatu yang di reka "

Kata ibin rejab al hanbali ketika menghuraikan kata-kata imam syafie mengenai bid'ah mahmudah atau hasanah dari kata-kata imam syafie "apa yang menepati sunnah ia di puji dan apa yang bertentangan ngan sunnah ia di keji" kata ibin rejab al hanbali
Bid'ah mazmumah iaitu apa yang tiada asal untuk di rujuk padanya, inilah bid'ah pada istilah syara'..
Adapun bid'ah mahmudah apa yang baginya ada asal untuk di ruju' ini adalah bid'ah dari segi bahasa, bukan dari segi syara'

Bagitu juga imam ibnu hajar asqolani ketika menghuraikan kata-kata syatibi dengan menjelaskan bahawa dari ta'rifan syarak bid'ah adalah yang di keji tetapi dari lughah atau bahasa bid'ah adalah setiap perkara yang ada asal atau tiada dalam syariat memang di namakan bid'ah..
Makna lughah lebih umum dari makna syara'

Okey kite lihat benarkan imam syafie maksud bid'ah hasanah dalam ta'rif td adakah merangkumi dalam bab agama??? jawapanya tidak
Buktinya:
pada amalan zikir/berdoa nyaring selepas solat yang lazim di lakukan oleh golongan yang mengaku bermazhab Syafei. Apakah amalan ini berasal dari Imam Syafei ? Yang lebih utama, apakah amalan ini secocok dengan pengamalan Rasulullah saw? Sepotong riwayat daripada Ibnu Abbas yang diriwayatkan oleh Muslim:

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ اَنَّ رَفْعَ الصَّوْتِ بِالذِّكْرِ حِيْنَ يَنْصَرِفُ النَّاسُ مِنَ الْمَكْتُوْبَةِ كَانَ عَلَى عَهْدِ النَّبِيِّ ص كُنْتُ اَعْلَمُ اِذَا انْصَرَفُوْا بِذَلِكَ اِذَا سَمِعْتُهُ

Daripada Ibnu Abbas dia berkata: Bahawa berzikir dengan suara keras/mengangkat suara setelah selesai solat wajib ada dilakukan di masa Nabi saw. Aku mengetahui mereka telah selesai dari solat dengan dapat mendengarnya.

Sebahagian besar umat Islam mengambil riwayat Ibnu Abbas ini untuk menjadi dalil atas bolehnya berzikir/berdoa dengan suara yang keras? Maka apakah amalan ini bertepatan dengan pengamalan Rasulullah saw?

Jawabnya : Dalam kitab SYARAH SAHIH MUSLIM – IMAM NAWAWI muka surat 84 dijelaskan :
أن أصحاب المذاهب المتبوعة وغيرهم متفقون على عدم استحباب رفع الصوت بالذكر والتكبير وحمل الشافعي رحمه الله تعالى هذا الحديث على انه جهر وقتا يسيرا حتى يعلمهم صفة الذكر لا أنهم جهروا دائما
فاختار للامام والمأموم ان يذكر الله تعالى بعد الفراغ من الصلاة ويخفيان ذلك الا أن يكون اماما يريد ان يتعلم منه فيجهر حتى يعلم انه قد تعلم منه ثم يسر


“Bahawa terdapat pengikut mazhab lain dan lain lain pendapat iaitu ‘tiada harus untuk meninggikan suara ketika berzikir dan bertakbir dan di dapati daripada Asy- Syafei : Adalah hadits (yang menyatakan ditinggikan suara ketika berzikir – hadits Ibnu Abbas di atas) ianya hanya dilakukan untuk sementara waktu sahaja sehingga telah diajar kepada mereka (makmum) sifat zikir itu dan tidaklah ditinggikan suara untuk selamanya.”

“Harus untuk Imam dan makmum berzikir kepada Allah ta‘ala selepas adanya waktu kelapangan daripada solat dan hendaklah keduanya iaitu imam dan makmum menyembunyikan bacaannya / di diamkan ketika itu (membaca dengan sir atau perlahan). Kecuali jika Imam itu hendak mengajar kepada mereka (makmum) sehingga makmum mengetahui caranya berzikir. Kemudian hendaklah diam kembali (di baca dengan perlahan kembali).”

Demikian di jelaskan oleh Imam Nawawi menjelaskan tentang pendirian Imam Syafei dalam bab berzikir selepas solat. Iaitu asalnya zikir itu adalah sir atau diperlahankan suara dan tentang adanya hadits menyaringkan bacaan zikir itu di zaman Rasulullah saw itu telah di jelaskan oleh Imam Syafei bahawa ianya adalah untuk mengajar makmum tentang cara dan bacaan zikir tersebut.

Dinyatakan oleh Imam Syafei, berdasar ada sunnah dari Rasulullah saw. yang biasa melakukan zikir dengan nyaring untuk mengajar makmum, maka beliau (Imam Syafei) berpandangan boleh jika Imam membaca zikir dengan nyaring selepas solat dengan tujuan mengajar makmum bacaan zikir kemudian setelah diajar zikir tersebut hendaklah dibacakan dengan perlahan kembali. Dan dalam AL-UMM –KITAB INDUK IMAM ASY-SYAFEI
Muka surat : 1022, dinyatakan oleh Imam Syafei :


وَاخْتَارُ للاِمَامِ وَالْمَأْمُوْمِ اَنْ يَذْكُرَ اللهَ بَعْدَ الاِنْصِرَافِ مِنَ الصَّلاَةِ وَيُخْفِيَانِ الذِّكْرَ اِلاَّ اَنْ يَكُوْنَ اِمَامًا يَجِبُ اَنْ يتعلَّمَ مِنْهُ فَيَجْهَرَ حَتَّى يَرَى اَنَّهُ قَدْ تَعَلَّمَ مِنْهُ ثُمَّ يسرَّ فَاِنَّ اللهَ عَزَّ وَجَلَّ يَقُوْلُ {وَلاَ تَجْهَرْ بِصَلاَتِكَ وَلاَ تُخَافِتْ بِهَا وَابْتَغِ بَيْنَ ذَلِكَ سَبِيْلاً} – الاسراء:110
“Disukai /dipilih/harus bagi imam dan makmum untuk menyebut nama Allah selepas berpaling dari solat (selesai solat) dan keduannya (Imam dan makmum) memperlahankan zikirnya itu. Melainkan jika Imam berkewajipan mengajar dari hal zikir itu, maka jaharkanlah (nyaringkan) sehingga ia melihat zikir itu telah dipelajari, kemudian diperlahankan/ disembunyikan bacaan zikir itu kerana firman Allah (yang bermaksud) : ‘Jangan engkau keraskan bacaan dalam solatmu dan jangan pula engkau lunakkan suara dan ambillah jalan pertengahan di antara itu’ Q.S.- Al-Isra’ : 110 [17:110]”

Dijelaskan lagi oleh Imam Syafei dalam kitab induknya Al-Umm bahawa yang menjadi sunnah itu ialah ‘Imam menyaringkan bacaan zikir untuk mengajar makmum dan perlahankan kembali apabila melihat zikir itu telah dipelajari oleh makmum. Imam Syafei menjelaskan sifat zikir itu yang sebenarnya adalah perlahan beralasankan dari firman Allah dalam surah Al-Isra’ : 110 [17:110].
Imam Syafei mengambil pengertian بِصَلاَتِكَ ‘dalam solat mu’ merangkumi bacaan dan zikir dan doa. Dan jika kita lihat dalam surah At-Taubah : 103 [9:103], Allah
berfirman :

وَصَلِّ عَلَيْهِمْ

Yang bermaksud “Doalah ke atas mereka.”

Hadirin, tujuan saya bawakan alasan dari Imam Nawawi kerana ia adalah seorang yang terkenal dalam mazhab Syafei, selain itu saya bawakan keterangan dari Imam Syafei sendiri untuk membuktikan amalan berzikir dengan nyaring, berdoa dengan nyaring sehingga terganggu makmum yang mungkin masbuq dan belum selesai lagi dari solatnya adalah amalan yang bukan dari mazhab Syafei

Jika kite lihat ta'rif bid'ah hasanah di bolehkan, tapi mengapa dalam bab zikir ini imam syafie tak benarkan??? Sbb yang di maksudkan bid'ah hasanah hanyalah pada lughah(bahasa) bukan syara'.

Sama-samalah kite koreksi diri kite,dan pembaca boleh menilaikanya…
Ana pun rase terharu bila ada sahabat medic boleh mengeluarkan hujjah..
perkongsian mcm inilah yang di harap..caya arrr biomic

Kalo kita rase benar JGN BALING BATU SEMBUNYI TANGAN,
syukran

http://subulassalam.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment