Sunday, December 27, 2009

Hargailah nilai persahabatan

Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa... kecuali diri sendiri...


tetapi, dalam kita bersendirian, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita... sebagaimana kita mengharapkan keiklasan dan kejujuran seorang sahabat, begitulah juga dia...

tetapi kita sering terlupa akan hal itu...

Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya. Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri. Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yg tidak ditepati. Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya..?

Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa.. tetapi kita sering terlupa. Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami. Yang selalu berada disisi pada waktu kita memerlukannya. Dia mendengar luahan perasaan kita,segala rasa kecewa dan ketakutan. Harapan dan impian juga kita luahkan. Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga Kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yg ingin dikongsi bersama kita.

Sehingga kekadang, kita mengungkit kembali segala yang kita lakukan adalah sebagai tanda simpati, sebagai agar sahabat kita ni kelak taklah terasa sangat... sedarkah kita dikala kita berkata demikian hati sahabat kita telah tercalar, betapa dia merasa sedih kerana luahan rasa dia selama ini dianggap meminta simpati... kerana hati kita cepat tersentuh,cepat terguris, namun sukar untuk sembuh kembali...

Seorang gadis itu ...

Seorang gadis itu ...

yang lembut fitrah tercipta,
halus kulit, manis tuturnya,
lentur hati ...
telus wajahnya,
setelus rasa membisik di jiwa,
di matanya cahaya,
dalamnya ada air,
sehangat cinta,
sejernih suka,
sedalam duka,
ceritera hidupnya ..


seorang gadis itu ...

Wednesday, December 16, 2009

Kenali Rasulullah.


Nama penuh: Muhammad bin 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim

Nama bapa: 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim

Nama ibu: Aminah binti Wahab bin 'Abdul Manaf

Nama datuk: Syaibah bin Hâsyim dikenal dengan nama 'Abdul Muttalib

Bapa-bapa saudara:

• Al-Harith bin Abdul Muthalib

• Muqawwam bin Abdul Muthalib

• Zubair bin Abdul Muthalib

• Hamzah bin Abdul Muthalib

• Al-Abbas bin Abdul Muthalib

• Abu Thalib bin Abdul Muthalib

• Abu Lahab bin Abdul Muthalib

• Abdul Kaabah bin Abdul Muthalib

• Hijl bin Abdul Muthalib

• Dzirar bin Abdul Muthalib

• Ghaidaq bin Abdul Muthalib


Nama Ibu susuan Rasulullah:

Bahaya Merokok

Assalamu'alaikum wrth. wbrth.

Artikel ini saya dapat dr pada sahabat saya. Renung2 kn lah yerk,


Terasa terpanggil untuk memberikan sedikit pandangan. Saya menghormati pandangan saudara-saudara kita samada yang mengatakan merokok itu haram ataupun makruh. Cuma di sini saya ingin mengajak saudara-saudara kita yang masih merokok supaya menyelami hakikat daripada perbuatan kita yang telah ketagih rokok sekian lama. Terus terang saya membuat pengakuan

saya dahulupun seorang perokok yang agak kuat juga - sehari paling kurang dua kotak. Saya mula merokok dari umur 15 tahun hingga 23 tahun. Namun alhamdulillah setelah mendapat kesedaran dan kefahaman Islam melalui proses tarbiah Islamiah yang jelas dalam tempoh tidak sampai 6 bulan saya telah berjaya membuang tabiat merokok yang sangat merugikan itu. Saya akui bukan senang nak membuang tabiat ini tetapi untuk melawan tabiat ini apa yang saya lakukan setiap hari ialah:



1. Saya berkata-kata dengan rokok tersebut, apakah kebaikan yang telah engkau berikan kepadaku? Rokok menjawab(nafsu saya) = Dapat kepuasan, ilham, rasa tenang (kononnya).

Wanita...

1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W akan hal tersebut,jawab baginda: "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."
2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang soleh.
3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T dan orang yang takutkan Allah S.W.T akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
4. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S
5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W) di dalam syurga.
6. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
7. Daripada Aisyah r.a. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
9. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
11. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan direkannya(walinya) (serta menjaga sembahyang dan puasanya).
12. Aisyah r.a berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda, "Suaminya." "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah S.A.W, "Ibunya."

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T
17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
18. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberinya pahala seperti memerdekakany 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T




Saturday, December 12, 2009

Bolehkah Orang Bukan Islam Membaca al-Quran?


Assalamualaikum Warahmatullah.

PENGENALAN

Beberapa hari yang lalu saya telah berkesempatan untuk bersembang-sembang dengan seorang sahabat lama saya melalui Yahoo Massenger. Pelbagai perkara diperkatakan oleh kami. Antara perkara yang menjadi topik hangat perbincangan kami ini adalah isu yang berkaitan dengan masalah sosial remaja masa kini dan bahaya pengaruh fahaman Wahabi yang melanda mahasiswa dan mahasiswi di Institut-Institut Pengajian Tinggi Awan / Swasta di Malaysia pada waktu ini. Masalah seperti ini begitu membimbangkan masyarakat Islam yang begitu menaruh harapan tinggi kepada muda-mudi ini untuk mengemudi kemajuan negara pada masa hadapan.

Dalam perbincangan itu juga sempat kami perkatakan mengenai keadaan semasa politik tanahair. Isu yang hangat diperkatakan pada ketika ini adalah berkenaan: Adakah boleh orang bukan Islam membaca ayat-ayat al-Quran al-Karim? Perkara ini mula timbul menjadi bahan panas media massa setelah seorang Ahli Parlimen Taiping dan ADUN Pantai Remis bernama Y.B. Nga Kor Ming dari Pakatan Rakyat (PR) telah membaca ayat al-Quran al-Karim dalam ceramahnya di Bukit Gantang. Perkara ini terus menjadi panas setelah keluar satu kenyataan dari Mufti Kerajaan Negeri Perak iaitu S.S. Dato’ Seri Dr. Haji Harussani Zakaria yang mempersoalkan tindakan Y.B. Nga Kor Ming tersebut.

Beberapa pihak dari NGO turut serta membuat laporan polis terhadap tindakan Y.B. Nga Kor Ming ini. Mereka mendakwa Y.B. Nga Kor Ming telah mempersendakan al-Quran al-Karim untuk tujuan politik semata-mata. Namun ketika ditanya pula kepada Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat mengenai perkara ini maka beliau tidaklah menyalahkan Y.B. Ngo Kor Ming di atas tindakannya membaca ayat al-Quran al-Karim. Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan dan Mursyidur Am PAS turut memuji tindakan Y.B. Ngo Kor Ming yang cuba mendalami dan memahami agama Islam ini.

Oleh hal yang demikian, sahabat saya ini telah mencadangkan kepada saya untuk menyediakan sedikit informasi dan penerangan yang boleh menjernihkan kembali suasana politik tanahair mengenai isu ini. Saya menerima cadangan ini dengan hati yang terbuka. Tulisan ini bukanlah bertujuan untuk menyebelahi mana-mana pihak, namun penulisan ringkas ini tidak lain dan tidak bukan hanyalah bertujuan untuk memperbincangkan isu ini secara ilmiah serta membantu memberikan idea dalam menyatukan semula hubungan sesama masyarakat Islam dan masyarakat bukan Islam di Malaysia. Semoga tulisan ini mendapat manfaat yang berguna.

Hampir Di Rogol (kisah benar dari US)

Seorang wanita muslim dari Malaysia yang bekerja di US, memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus. Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Maklum hari sudah lewat. Berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut berjalan bersaorangan. Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang saudari kita ni boleh buat adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.

Masa dia melepasi lelaki yang bersandar itu, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, saudari ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut.Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari. Tapi perempuan Muslim ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Muslimah ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu

“Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?”
Perogol tu jawab: “No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.”

Saudari ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.

MORAL CERITA INI:
Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Muslimah tadi pertama-tamanya menutup aurat dan memang Muslimah yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam. (Kalau aurat terbuka malaikat pun malas dekat). Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.

Ayat Kursi sememangnya adalah ayat pelindung yang mustajab…selalulah amalkannya. Bayangkan anda seorang yang selalu ingkar suruhan Allah, kufur dengan nikmatnya, sambil lewa beribadat. Dapatkah anda mendapat pertolongan sebegini dari Allah? Balasan Allah tu boleh datang semasa di dunia lagi. Di akhirat kelak memang pasti kerana itu janji Allah. Jadi, renungkanlah di mana level ‘iman’ kita sekarang ini. Wassalam.

Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya [Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.] Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan saya.semoga anda semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat.sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA….semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari kejahatan syaitan yang di rejam…….

source: Mamak@webchat





Thursday, December 10, 2009

Couple itu HARAM

Apa Itu Ber ‘couple’? Ber ‘couple’ merupakan suatu tradisi atau budaya yang telah dibudayakan oleh masyarakat remaja kini. Bermula dengan saling berpandangan mata, kemudian turun ke hati. Kemudian mereka akan saling mengutus senyuman dan cinta mula berputik. Bila rasa dah cukup sedia, masing-masing mula ‘masuk line’. Ade yang berbalas-balas nota, bagi yang lebih ‘advance’, teknologi SMS digunakan. Akhirnya apabila dua insan berlawanan jantina ini sudah saling suka-menyukai, mereka akan mengisytiharkan ikatan percintaan mereka dan kemudian ber‘couple’. Pasangan kekasih ini akan merapatkan hubungan mereka serapat-rapatnya. Kalau di kelas, buat study group ataupun group discussion. Bagi yang kreatif, kad-kad ucapan ‘hand made’ yang pelbagai warna dan rupa akan dikirimkan. Bagi yang mengikuti peredaran semasa, teknologi SMS akan dimanfaatkan sepenuhnya. Kata ganti diri pada asalnya aku-kau ditukar kepada saya-awak, atau bagi mereka yang lebih intim, abang-sayang dan sebagainya. Kalau diperhatikan pasangan-pasangan yang sedang asyik dilamun cinta ini,hidup mereka tidak menentu, diibaratkan ‘makan tak kenyang,tidur tak lena, mandi tak basah’.

Air Tangan Orang Yang Tak Solat

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat tu, adalah dosa besar, dan malahan lebih hina drpd khinzir.. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat spt yang dikisahkan pd zaman NabiMusa A. S. Begini kisahnya... pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga , dia tak de zuriat lalu, terdetik dalam hati dia (nazar), "kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam." Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isterisi lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Bila dah dapat anak, laki ni pun runsinglah... Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam. Syariat pd zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat, tapi kena denda(dam) atau sedekah.. Tapi, kalau zaman Nabi Musa, brgsiapa bernazar,walaupun haram, tetap kena laksanakan nazar tu..lalu, si lelaki yang dapat anak tu, dengan susah hatinya,pun pegilah bertemu dengan Nabi-Allah Musa. Dan menceritakan apa yang terjadi ke atas dirinya..lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu x payah minum air kencing anjing hitam, tapi akan minum air yang lebih hina dr air kencing anjing hitam.Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dr bumbung rumah orang yang meninggalkan sembahyang dan minum air tu. lalu,lelaki tu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi... Lihat.. betapa hinanya org yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dr bumbung rumah dia, lbh hina dr air kencing anjing hitam.. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi.. Menyentuh bab air tangan ni, selalu kita suka makan masakan ibu, isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat , sebab kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan, nasi, dsb.. anak-anak, suami pulak yang akan makan makanan yang dimasak. takkan nak biarkan suami & anak2 gelap hati minum air tangan org tinggalkan solat.. tak gamakkan? tapi.. lain pulak halnya dengan kita ni.. pagi petang.. mamak!! teh tarik satu, roti canai satu.. ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat.. kita pun makan bekas air tangan dia.. gelap lah hati kita.. sebab tu liat nak buat keja2 yang baik. beware apa yang kita makan... betapa beratnya amalan solat ni, hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra' Mikraj, sedangkan kewajipan2 lain memadai diutus melalui Jibril a. s. Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kpd Saidina Ali (&untuk umat Islam) , "As-solah as Solah waamalakat aimanukum." maknanya,"Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah org2 yang lemah di bawah tanggunganmu." jadi, sama2lah kita pelihara solat kita, dr segi zahir & batinnya, kerana amalan solatlah amalan yang mula2 akan ditimbang di neraca Mizan kelak

JANGAN MUDAH MENUDUH ORANG WAHHABI

 

Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin
Ketika saya dihubungi agar mengulas tentang satu gerakan yang suka menuduh orang lain wahhabi, saya pada mulanya malas nak campur. Di kala negara sedang gelut dengan krisis yang berbagai, ada juga puak yang sibuk wahabi-mewahabi orang lain. Apatah lagi, saya pun dah lama tidak berfikir tentang isu tersebut kerana sibuk dengan isu-isu yang lebih bersifat nasional dan sejagat. Sebenarnnya, di negara kita kini sedang muncul satu golongan yang menyembunyikan identitinya. Mereka ini jika di negara Arab digelar Ahbash. Puak ini berpusat di Lubnan dan mempengaruhi sesetengah pelajar kita di sana juga yang di tempat lain. Perkataan ahbash merujuk kepada pengasas dan pengikut mereka yang berketurunan Habsyi Afrika. Guru mereka ialah Abdullah al-Harari. Seorang yang terkenal suka mengkafirkan orang lain yang tidak sependapat dengannya. Dia sentiasa mendakwa bahawa hanya dirinya Ahlussunnah wal Jamaah dan bermazhab Syafi’i. Sesiapa yang tidak bersependapat dengannya itu sesat, atau kafir atau wahhabi. Hasilnya berlakulah pembunuhan dan rusuhan. Mereka telah mengkafirkan ulamaulama terdahulu seperti al-Imam Ibn Taimiyyah, al-Imam Ibn Qayyim, al-Imamal-Zahabi, al-Imam Ibn Kathir, Muhammad bin Abdul Wahhab dan lain-lain.Ulama semasa yang dikafirkan oleh mereka termasuk Dr. Yusuf al-Qaradawi,Dr. Said Ramadhan al-Buthi, Sayyid Sabiq, Sayyid Qutb, al-Albani, Mufti Lubnan Hasan Khalid lain-lain. Sesiapa yang berminat mereka boleh layari bankahbash.blogspot.com. untuk mengetahui sikap ektremis golongan ini. Di Malaysia, mereka mula menyerap dalam sesetengah pihak berkuasa agama di negeri-negeri tertentu. Mereka menganjurkan program-program atas nama Ahlussunnah wal Jamaah. Isi kandungannya adalah menuduh
sesiapa yang tidak sebulu dengan mereka sebagai wahhabi. Slogan mereka sama, sesiapa yang memberikan pendapat yang tidak sama dengan mereka maka dia sesat atau wahhabi. Cara kebetulan pula pandangan sesetengah golongan pembaharuan memang ada perbezaan dengan pandangan agamawan tempatan.

bid'ah hasanah dari sudut pandang ulama' mazhab syafie

 


imam nawawi menyatakan dalam kitabnya : "Tahzib al Asma wal Lughat" (Jld 3/22) bahawa : Bid'ah pada syarak ialah mengadakan sesuatu yang tiada wujud di zaman rasuluLLah sallaLlahu 'alaihi wasallam dan ia terbahagi kepada bid'ah hasanah (bid'ah baik) dan bid'ah qabihah (yang keji)

Kat sini kita kan membincangkan apakah yang ulamak2 maksudkan dari segi lughah dan itilah dari perkataan bid'ah agar kita dapat memahani apakah yang di maksudkan dari perkataan bid'ah itu sendiri, ramai orang yang tersalah paham, hatta orang yang belajar agama sekali pun salah paham dari apakah yang ulamak2 tafsirkan, inilah kesilapan orang-orang agama dalam menaqalkan ilmu..bila ilmu yang di naqalkan tidak amanah atau dengan menyimpan perasaan bermusuhan dengan orang yang tidak sependapat tanpa mengkaji dari sudut neraca ilmu sehingga menimbulkan salah faham…

WANITA PADA PANDANGAN SYIAH

WANITA PADA PANDANGAN SYIAH



WANITA PADA PANDANGAN SYIAH


Di dalam ajaran agama syiah terdapat perkara yang amat jelik dan keji yang di lakukan terhadap wanita di antaranya Mutaah dan bukan itu sahaja banyak lagi perbuatan yang keji yang lain tapi buat masa ini saya tumpukan permasalahan mengenai mutaah terlebih dahulu,
Syiah menghalalkan mutaah dengan berselindung di atas nama islam sedang ajaran syiah itu sendiri amat jauh dari islam seperti jauhnya timur dan barat seperti langit dan bumi sampai bila-bila pun syiah dan islam tidak akan pernah bersatu. Hanya mereka yang jahil dan dungu akan tinggal diam terhadap kesesatan syiah dan bahkan mereka jadi gologan paling lantang melaungkan kesatuan bersama syiah. Adakah kita akan bersatu dengan gologan ahli hawa?

Sesekali tidak!

kerana Hanya ISLAM satu-satu nya agama di muka bumi ini yang menyediakan peraturan yang lengkap dan sempurna bagi menjaga hak-hak para wanita dan kemuliaan mereka.Tapi sungguh aneh bagi Syiah kemulian para wanita hanya tercapai apabila mereka sedia mengorbankan kesucian mereka untuk diratah laki-laki yang bernafsu haiwan!.nauzubillah..

Di dalam artikel ini saya akan membawa dalil-dalil dari rujukan syiah tanpa ada percampuran sumber dengan sumber ahli sunnah tapi hanya semata-mata datang dari kitab-kitab besar mereka.

Peringatan

Tahapan ukhuwah




1.
Ta'aruf

Tidak sekadar mengenal dari aspek luaran semata-mata, atau mengenal perkara yang terlalu asas. Sewajarnya sifat-sifat yang terbenam di dalam diri seorang sahabat turut diambil kira, demi memastikan bahawa silaturrahim yang terjalin berpanjangan. Selain itu, proses pertama ini begitu penting dalam usaha untuk menghargai bakat, kelebihan dan keistimewaan seseorang individu. Ingat, proses ini sepatutnya berlaku secara berterusan.

2.
Ta'aluf

Wujud kesatuan di antara seorang individu dengan individu yang lain. Terdapat bermacam wahana yang akan mengikat hati-hati sesama umat manusia, namun semestinya wadah terbaik ialah kesatuan akidah. Apabila jiwa-jiwa ini menyatu lantaran ketundukan terhadap Allah Azzawajalla, maka segala kepentingan duniawi akan diketepikan. Aspek ini juga menjadi pembeza antara ukhuwwah Islamiah dan ukhuwwah jahiliah.

3.
Tafahum

Peri-penting untuk kita saling memahami antara satu sama lain demi merealisasikan suatu perhubungan yang kaya dengan nilai toleransi. Hakikatnya bahawa manusia ini diciptakan dengan bermacam ragam dan tanpa usaha untuk mensikapi kekhilafan ini secara positif, hubungan tersebut bakal lenyap. Tafahum turut berperanan untuk mewujudkan rasa kecintaan antara sahabat semata-mata atas nama rindukan Tuhan.

4.
Tafaqud

Menghulurkan pertolongan kepada rakan tanpa perlu tunggu diminta. Teman yang sejati ialah kawan yang senantiasa peka akan keperluan individu-individu di sekelilingnya. Paling utama, bantuan tersebut dihulurkan tanpa mengharapkan sebarang balasan dari segi material. Memadai sudah rasa kasih sayang yang akan menjadi semakin utuh. Sebagai sahabat dunia dan akhirat, pengorbanan itulah yang menjadi taruhan untuk kita bersua di Jannah kelak.

5.
Ta'awwun

Tidak jenuh untuk membantu dalam perkara-perkara yang mampu untuk meningkatkan keimanan dan tidak sekali-kali menolong dalam perlakuan mungkar. Rakan yang setia ialah seseorang yang mampu untuk mendekatkan diri dan teman-temannya dengan Allah Ta'ala. Apabila berada hampir dengannya, kalbu terasa tenang, jiwa terasa lapang dan hati nantiasa mengharap maghfirah Tuhan.

6.
Tanashur

Inilah kemuncak ukhuwwah, yakni kesetiaan atas dasar ketaatan terhadap Allah Azzawajalla semata-mata. Segenap jiwa dan raga dikorbankan, ithar (melebihkan keperluan sahabat berbanding hak diri sendiri) diterjemahkan dalam bentuk tindakan. Di sinilah termaktubnya kesetiaan Abu Bakar As-Siddiq kepada Rasulullah Solallahu 'alaihi wassalam. Pendek kata, persahabatan yang terbina itu seakan-akan menjanjikan rahmat dan berkat dalam nikmat beragama.




Pramugari Koma di Mekah

Pramugari Koma di Mekah
www.iluvislam.com
dihantar oleh : greenturtle
editor : IskethaykaL

@}---~---{@
Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah dan membantu ayah saya menguruskan jemaah haji dan umrah, saya telah melalui pelbagai pengalaman menarik dan pelik. Walaubagaimanapun, dalam banyak-banyak peristiwa itu, ada satu kejadian yang pasti tidak akan saya lupakan sampai bila-bila.

Ianya berlaku kepada seorang wanita yang berusia di pertengahan 30-an. Kejadian itu berlaku pada pertengahan 1980-an semasa saya menguruskan satu rombongan haji. Ketika itu umur saya baru 20 tahun dan masih menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah. Kebetulan ketika itu saya balik ke Mekah sekejap untuk menghabiskan cuti semester. Saya menetap di Mekah mulai 1981 selepas menamatkan pengajian di Sekolah Agama Gunung Semanggol, Perak. Keluarga saya memang semuanya di Mekah, cuma saya seorang saja tinggal dengan nenek saya di Perak.

Walaupun masih muda, saya ditugaskan oleh bapa saya, Haji Nasron untuk menguruskan jemaah haji dan umrah memandangkan saya adalah anak sulung dalam keluarga. Berbalik kepada cerita tadi, ketibaan wanita tersebut dan rombongan haji di Lapangan Terbang Jeddah kami sambut dengan sebuah bas. Semuanya nampak riang sebab itulah kali pertama mereka mengerjakan haji. Sebaik sampai, saya membawa mereka menaiki bas dan dari situ, kami menuju ke Madinah. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar hinggalah kami sampai di Madinah.

Tiba di Madinah, semua orang turun daripada bas berkenaan. Turunlah mereka seorang demi seorang sehingga tiba kepada giliran wanita terbabit. Tanpa apa-apa sebab, sebaik sahaja kakinya mencecah bumi Madinah, tiba-tiba wanita itu tumbang tidak sedarkan diri.Sebagai orang yang dipertanggungjawabkan mengurus jemaah itu, saya pun bergegas menuju ke arah wanita berkenaan.

"Kakak ni sakit," kata saya pada jemaah-jemaah yang lain.
Suasana yang tadinya tenang serta merta bertukar menjadi cemas. Semua jemaah nampak panik dengan apa yang sedang berlaku.

"Badan dia panas dan menggigil. Kakak ni tak sedarkan diri, cepat tolong saya, kita bawa dia ke hospital," kata saya.

Tanpa membuang masa, kami mengangkat wanita tersebut dan membawanya ke hospital Madinah yang terletak tidak jauh dari situ. Sementara itu, jemaah yang lain dihantar ke tempat penginapan masing-masing. Sampai di hospital Madinah, wanita itu masih belum sedarkan diri. Berbagai-bagai usaha dilakukan oleh doktor untuk memulihkannya, namun semuanya gagal. Sehinggalah ke petang, wanita itu masih lagi koma.

Sementara itu, tugas mengendalikan jemaah perlu saya teruskan. Saya terpaksa meninggalkan wanita tersebut terlantar di hospital berkenaan. Namun dalam kesibukan menguruskan jemaah, saya menghubungi hospital Madinah untuk mengetahui perkembangan wanita tersebut. Bagaimanapun, saya diberitahu dia masih tidak sedarkan diri. Selepas dua hari, wanita itu masih juga tidak sedarkan diri. Saya makin cemas, maklumlah, itu adalah pengalaman pertama saya berhadapan dengan situasi seperti itu.

Memandangkan usaha untuk memulihkannya semuanya gagal, maka wanita itu dihantar ke Hospital Abdul Aziz Jeddah untuk mendapatkan rawatan lanjut sebab pada masa itu hospital di Jeddah lebih lengkap kemudahannya berbanding hospital Madinah. Namun usaha untuk memulihkannya masih tidak berhasil. Jadual haji mesti diteruskan. Kami bertolak pula ke Mekah untuk mengerjakan ibadat haji.

Selesai haji, sekali lagi saya pergi ke Jeddah. Malangnya, bila sampai di Hospital King Abdul Aziz, saya diberitahu oleh doktor bahawa wanita tersebut masih koma. Bagaimanapun, kata doktor, keadaannya stabil. Melihat keadaannya itu, saya ambil keputusan untuk menunggunya di hospital.

Selepas dua hari menunggu, akhirnya wanita itu membuka matanya. Dari sudut matanya yang terbuka sedikit itu, dia memandang ke arah saya. Sebaik saja terpandang wajah saya, wanita tersebut terus memeluk saya dengan erat sambil menangis teresak- esak. Sudah tentu saya terkejut sebab saya ni bukan muhrimnya. Tambahan pula kenapa saja dia tiba-tiba menangis?? Saya bertanya kepada wanita tersebut;

5 PESANAN RASULULLAH S.A.W


5 PESANAN RASULULLAH S.A.W





Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud ;

‘umatku diberikan 5 perkara yang

belum diberikan kepada umat

sebelum  mereka iaitu ;


1.Apabila malam pertama bulan

  Ramadhan, maka Allah melihat

  mereka dengan kasih sayang

  & barangsiapa yang dilihat Allah

  dengan kasih sayang maka tidak

  akan diseksa selamanya.


2.Allah memerintahkan kepada

   para malaikat agar meminta

   ampun untuk mereka


3.Bau mulut orang yang berpuasa

   bagi Allah lebih harum dari

   minyak misik


4.Allah berfirman kepada syurga

   “berhiaslah engkau”.Dan Allah

   berfirman pula, “beruntunglah

   bagi hamba-hamba-Ku yang beriman,

   mereka menjadi kekasih-Ku.”


5.Allah memberi keampunan

   kepada mereka semua.’







Sejarah kota Al-Hamra

Istana Al Hambra di tanah tinggi Kota Granada Sepanyol (pada waktu malam) yang telah dibina oleh orang islam pada zaman Bani Umayyah hampir 800 tahun lalu..Istana Alhambra yang juga bererti Istana Merah..Letaknya di tengah-tengah bandar Granada, di kawasan tanah tinggi, menjadikan ianya bangunan tertinggi di bandar itu. Jalan memasukinya ialah jalan tar yang di kiri kanannya air mengalir laju menuruni curam yang memisahkan AI Hambra dengan kawasan sekitarnya. Airnya jernih, sejuk. Indah dan segar menghiasi jalan masuk itu . Air ini sumbernya tidak dapat dicari dari mana datangnya. Maka pendakian diteruskan.Sampai di satu perhentian tanah tinggi itu, terdapat air membuak dari arah dalam bumi melalui lubang sebesar bola sepak.Ajaib! Menurut sejarahnya, sebelum AI Hambra dibina, orang Islam melepaskan burung untuk tujuan mencari tempat air. Maka burung pun hinggap di tempat di mana AI Hambra ini dibina.Sepanjang berjalan menuju Al Hambra, tanah tinggi di bawah teduhan pokok-pokok yang memagari kiri kanan jalan terpaksa di daki. Di tepi2 jalan tesebut tedapat bangku-bangku yang cukup pejal dan kemas buatannya, terbayanglah betapa lagilah istananya.Pintu masuknya besar dan tinggi. Daun pintunya hampir satu kaki [ 0.3 meter] tebal dibuat dari besi hitam yang cukup pejal. Kira-kira tingginya pintu itu ialah cukup untuk lalu kuda yang di atasnya terdapat sekedup untuk duduknya Raja.Begitu tinggi dan lebarnya pintu Al Hambra. Di atas pintu itu tertulis ayat Kursi. Tapi kerajaan Kristian Sepanyol sekarang mahu menutup syiar Islam itu denganhttp://archisyzulaikha.blogspot.com/2009/05/blog-post.html

Ya'juj dan Ma'juj


Hingga apabila dia [Zulqarnain] sampai di antara dua buah gunung, dia mendapati dihadapan kedua-duanya kaum yang hampir tidak dimengertikan bahasa mereka. Mereka berkata, "Wahai Zulqarnain, sesungguhnya Ya'juj dan Ma'juj itu, golongan yang membuat kerosakan di muka bumi, maka dapatkah kami mengupahmu supaya kamu membuat dinding di antara kami dan mereka?" Zulqarnain berkata, "Apa yang telah Allah perkuatkan aku lebih baik. Justeru, tolonglah aku dengan kekuatan [manusia dan peralatan], agar aku membina dinding di antara kamu dan mereka." "Berikanlah aku kepingan-kepingan besi." Hingga apabila besi itu telah sama rata dengan kedua [puncak] gunung itu, Zulqarnain berkata, "Tiuplah [api]." Hingga apabila besi itu sudah menjadi [merah seperti] api, dia pun berkata, "Berilah aku tembaga [yang mendidih] agar ku tuangkan ke atas besi panas itu." Maka mereka tidak mampu mendakinya dan mereka tidak mampu juga menembusinya. Zulqarnain berkata, "Ini [dinding] adalah rahmat dari Tuhanku. Maka apabila sudah datang janji Tuhanku, Dia akan menjadikannya hancur luluh, dan janji Tuhanku itu adalah benar." Kami biarkan mereka di hari itu bercampur-aduk di antara satu sama lain, kemudian ditiup lagi sangkakala, lalu Kami kumpulkan mereka itu semuanya. [Al-Kahfi: 93-99] Hingga apabila dibukakan [tembok] Ya'juj dan Ma'juj, dan mereka turun dengan cepat dari seluruh tempat yang tinggi. Dan telah dekatlah kedatangan janji yang benar [hari kebangkitan], maka tiba-tiba terbelalaklah mata golongan kuffar. [Mereka berkata] "Aduhai, celakalah kami. Sesungguhnya kami adalah dalam kelalaian tentang ini, bahkan kami adalah golongan yang zalim. [Al-Anbia': 96-97]