Wednesday, December 16, 2009

Bahaya Merokok

Assalamu'alaikum wrth. wbrth.

Artikel ini saya dapat dr pada sahabat saya. Renung2 kn lah yerk,


Terasa terpanggil untuk memberikan sedikit pandangan. Saya menghormati pandangan saudara-saudara kita samada yang mengatakan merokok itu haram ataupun makruh. Cuma di sini saya ingin mengajak saudara-saudara kita yang masih merokok supaya menyelami hakikat daripada perbuatan kita yang telah ketagih rokok sekian lama. Terus terang saya membuat pengakuan

saya dahulupun seorang perokok yang agak kuat juga - sehari paling kurang dua kotak. Saya mula merokok dari umur 15 tahun hingga 23 tahun. Namun alhamdulillah setelah mendapat kesedaran dan kefahaman Islam melalui proses tarbiah Islamiah yang jelas dalam tempoh tidak sampai 6 bulan saya telah berjaya membuang tabiat merokok yang sangat merugikan itu. Saya akui bukan senang nak membuang tabiat ini tetapi untuk melawan tabiat ini apa yang saya lakukan setiap hari ialah:



1. Saya berkata-kata dengan rokok tersebut, apakah kebaikan yang telah engkau berikan kepadaku? Rokok menjawab(nafsu saya) = Dapat kepuasan, ilham, rasa tenang (kononnya).



Tapi yang jelas saya mendapati duit saya habis dengan sia-sia, kesihatan terjejas, gigi banyak yang rosak, mulut berbau dan dipandang serong pula oleh orang yang tidak merokok. Sehari demi sehari saya merasakan alangkah baiknya jika wang (rezeki yang Allah berikan) itu saya gunakan untuk benda-benda yang berfaedah. Mulai dengan mengurangkan menghisap daripada 2 kotak kepada 1 kotak sehari, kemudian berjaya kurangkan lagi dengan membeli kotak kecil sahaja. Akhirnya cuba hisap hanya selepas makan sahaja. Kemudian saya cuba hisap sorok-sorok macam baru-baru belajar hisap rokok ketika berusia 15 tahun. Saya hanya hisap ketika

berada dalam bilik air, waktu nak buang air besar. Dalam pada itu saya renungkan juga kata-kata nasehat dari beberapa orang sahabat antaranya ada yang berkata. "Kalau nak berhenti hisap rokok kenalah rasa bahawa kita lebih hebat daripada rokok, kalau dengan rokok pun kita dah kalah, di manakah letaknya kehebatan kita sebagai manusia ? Kita kata kita nak berjihad di jalan Allah dan ada sesetengah sahabat kita itu boleh bermujahadah keluar 3 hari dalam seminggu, 1 bulan ataupun 40 hari meninggalkan anak-isteri untuk keluar berdakwah dan bermujahadah. Tapi

sedih sekali anak-isteri boleh tinggal, rokok tak boleh tinggal. Maknanya kita tewas dengan rokok, fikiran dan perasaan kita dikuasai oleh rokok, kita bergantung kepada rokok untuk menceriakan kehidupan harian kita. Di mana yang kita mengatakan Allahus Samad (Allah tempat kita bergantung) ???



2. Saya berfikir, melihat dan mendapati kebanyakan syarikat-syarikat pengeluar rokok seperti Dunhill, Saleem, Malboro, Benson & Hedges dsb. inilah syarikat yang banyak menaja rancangan-rancangan yang merosakkan dan melalaikan umat manusia dari mengingati Allah terutama generasai Islam sekarang ini. Syarikat ini sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk menaja program-program hiburan seperti Saleem Cool Planet, Bola Sepak Dunhill dll. yang pada pandangan saya memang mendapat sambutan hangat daripada kalangan generasi muda masakini terutama orang-orang melayu yang beragama Islam. Secara halus sebenarnya mereka telah berjaya menyesatkan umat Islam daripada landasan syarak dan tanpa disedari saya

merupakan salah seorang penyumbang dan pemberi saham kepada tujuan tersebut bila mana saya masih terus merokok. Bila kita membeli rokok, syarikat yang menjual rokok mendapat keuntongan dan daripada keuntongan tersebutlah mereka menaja program-program hiburan yang melalaikan sehingga akhirnya menjerumuskan anak-anak muda kita ke lembah maksiat. Daripada kefahaman seperti inilah saya mendapat kekuatan untuk terus meninggalkan tabiat membeli dan menghisap rokok kerana saya merasa sangat malu dan tidak mahu menjadi seorang Islam yang membantu orang kafir untuk menjahanamkan umat Islam yang lain.



Akhir sekali kepada yang masih merokok, jihad anda sekarang ialah berhenti merokok, kalau ini tak mampu anda lakukan jangan harap anda boleh lakukan perkara-perkara yang lebih besar lagi yang dituntut oleh Islam. Mungkin ada yang takut pada kesan-kesan sampingan bila nak

berhenti merokok tapi percayalah takutkan azab Allah itu adalah lebih utama. Mahukah anda disenaraikan sebagai salah seorang pemberi saham kepada kerja-kerja yang merosakkan umat Islam?? Jangan membazirkan rezeki yang Allah berikan untuk tujuan yang rendah dan hina. Katakan kepada diri anda saya akan berhenti merokok, saya mesti berhenti merokok dan saya wajib berhenti merokok. Semoga Allah memberi pertolongan dan kekuatan kepada saudaraku sebagaimana Dia telah memberi pertolongan dan kekuatan kepadaku sebelum ini dalam menghentikan tabiat merokok yang sungguh sia-sia ini.



Yang benar dari Allah dan yang salah dan silap daripada saya sendiri. Mohon keamponan dari Allah dan kemaafan daripada saudaraku semua.

Wallahu a'lam, wabillahi taufiq, wassalamu 'alaikum wrth.



Membina Ummah Berilmu & Bermaklumat.



Assalamualaikum (wt)



Saya ingin respond sedikit tentang halal atau haramnya rokok.Memang benar seperti kata Norizan , tentang hukum kita kena serahkan kepada para ulama, tidak boleh pakai logik semata.Namun begitu ulama'-ulama' muktabar sebelum mengeluarkan sesuatu fatwa, mereka terlebih dahulu

mengkaji secara mendalam dari segi syara' maupun wake' (realiti). Saya dapati sahabat kita yang memulakan diskusi ini, telah menyebut beberapa ulama Islam kini menjelaskan merokok (dalam kontek hari ini) adalah HARAM . Contohnya fatwa dari Dr Yusuf Qardhawi. Diantara hujjah beliau: "Janganlah kamu membunuh diri kamu,kerana sesungguhnya Allah Maha Belaskasih kepadamu" (An Nisa':29) ":Janganlah kamu mencampakkan diri kamu kepada kebinasaan" (Surah2:29)

"Dari kaedah ini kami berpendapat sesungguhnya rokok(tembakau) selama hal itu dinyatakan merbahaya kepada kesihatan, maka menghisap rokok hukumnya haram,apatah lagi doktor pakar perubatan telah membuktikan merokok memang merbahaya.Walaupun ditakdirkan rokok itu tidak jelas merbahayanya, tetapi jelas tabiat membuang-buang wang (membazir) suatu perkara yang ditegah oleh Islam.Larangan ini diperkuatkan lagi, kera wang tersebut amat diperlukan untuk diri dan keluarganya sendiri." (Petikan "Halal dan Haram Dalam Islam " olih Dr Yusuh Qardhawi.)



Dr Reed Tuckson, seorang bekas Pegawai Kesihatan Kanan di daerah Colombia USA mengatakan ," Kita tahu bahawa tabiat merokok salah satu-satunya faktur penting yang boleh dicegah kematian di Amerika Syarikat, ia membunuh 390,000 orang setahun iaitu lebih seribu orang sehari.Sudah tentu kita rasa terhina oleh syarikat rokok yang menggunakan kira-kira berbillion dollars US untuk tujuan propaganda,hiburan,pergaulan bebas remaja dan sex untuk menipu dan memutarbelit fikiran orang-orang Amerika. Semua ini kita tidak perlu.MENGHISAP ROKOK BUKAN SUATU KEPERLUAN ASAS,BUKAN UNTUK BERSERONOK-SERONOK ATAU SUKA-SUKA. tetapi tabiat merokok menyebakkan ketagihan dan memusnahkan tisu paru-paru secara perlahan..Syarikat rokok sentiasa mencari rekrut-rekrut baru bagi membentuk satu barisan

MAUT...!Mereka bukan saya mempengaruhi kanak-kanak tetapi juga wanita dan dikalangan orang miskin.HANYA SEDIKIT YANG MENYEDARI HAKIKAT INI. SEGOLONGAN KECIL HIDUP DENGAN PENUH KEMEWAHAN (SYARIKAT-SYARIKAT ROKOK) SEMENTARA SEBAHAGIAN BESAR MANUSIA DIDUNIA INI HIDUP MENDERITA AKIBAT DARI BAHAYA ROKOK".

Seorang Doktor Amerika merasai betapa besarnya bahaya rokok.Saya rasa kita Ummat Islam harus LEBIH sensitif dengan perkara ini. Hari-hari kita berdakwah,memerangi kemungkaran,nak tegakkan Daulah Islam ,menentang habis-habisan konset maksiat yang ditaja oleh syarikat rokok

Dinegara kita dan sebagainya. Namun jika terus merokok bermakna setiap sen yang kita curahkan untuk rokok, bermakna kita turut membantu, memberi saham dan menyokong Syarikat Rokok untuk memusnahkan remaja Islam kita.Kini ditambahkan lagi peristiwa murtad. " Goverment Environmental Study (USA) melapurkan didalam New York Time bahawa setiapa sedutan asap rokok mengandungi 4,700 kompaun kimia dan 43 bahan "carcinogenic" (bahan yang boleh menyebabkan kanser). Banyak lagi fakta-fakta ygtidak dapat saya sampaikan didalam diskusi

ini. Cuma sebagai kesimpulan: Kepada netters yang masih merokok.kita cuba ikhtiar berhenti merokok (Tapi bagaimana...?)Yakinlah Allah Maha Penyayang.Usaha saudara untuk berhenti merokok merupakan satu jihad. Kita ingin menjadi Ummat Contoh.Sudah tentu sesuatu yang lebih indah seandainya kita berjuang untuk menegakkan Islam dengan memperbanyakkan amal, meninggalkan yang makruh, apatah lagi perkara yang haram mesti dijauhkan.Berdakwah tanpa rokok ditangan.Tentu lebih indahkan...!Maaf seandainya ada kesilapan atau kekasaran. Dari saudaramu se Islam





Saya tertarik dengan pandangan beberapa orang rakan-rakan mengenai isu apakah merokok itu haram atau makruh. Bagaimanapun, dalam soal hukum, eloklah kita serahkan kepada alim ulamak untuk memberikan pendapat bersandarkan sumber-sumber yang sahih mengikut ketetapan Islam. Hukum-hakam bukan boleh main agak-agak. Hukum merokok tak boleh nak disamakan dengan hukum pandu kereta atau makan gula. Kalau hukum pakai logik semata-mata, mungkin ada orang yang sesat berhujah buat apa basuh kaki sewaktu mengambil air sembahyang. Kita pakai stokin dan pakai kasut. Kaki kita masih bersih. Taklah macam zaman Nabi dulu, mana ada kasut yang hebat macam kasut kita. Entah-entah pakai kasut selipar sahaja, sebab itu kena basuh kaki apabila ambil air sembahyang. Tak basuh kaki, jimat air. Lagi pun sekarang negara menghadapi masalah air. Itu kalau ikut logik akal semata-mata. Kalau ikut hukum, wajiblah. Tak basuh kaki, tak sah. Begitu juga, simpan janggut itu sunnah nabi. Kita tak boleh guna logik bahawa Nabi simpan janggut kerana Nabi tak ada pisau cukur. Itu logik akal semata-mata. Jadi, dipendekkan cerita, apa kata kalau kita minta para ulamak dan ilmuan Islam untuk memberikan pandangan bersandarkan sumber-sumber yang sahih? Jangan pakai agak-agak atau kot-kot atau "seperti yang saya dengar dari pak cik saya" sahaja. Sandarkan dengan hujah yang nyata.

Silakan dengan segala hormatnya...




No comments:

Post a Comment