Wednesday, May 19, 2010

Assalamualaikum


Imam Ali as berkata:

“Saya dan Fathimah menghadap Rasulullah saw dan kami melihat beliau dalam keadaan menangis tersedu-sedu dan kami berkata kepada beliau: “Demi ayah dan ibuku sebagai jaminanmu, apa yang membuat anda menangis tersedu-sedu?”

Rasulullah bersabda:

“Wahai Ali pada malam mi’raj ketika aku pergi ke langit ,aku melihat wanita–wanita umatku dalam azab dan siksa yang sangat pedih sehingga aku tidak mengenali mereka. Oleh karena itu, sejak aku melihat pedihnya azab dan siksa mereka, aku menangis.

Aku melihat [antaranya] wanita yang digantung dengan rambutnya dan otak kepalanya mendidih.

Kemudian Sayyidah Fathimah bertanya kepada ayahnya (Rasul saw):
“Katakan kepada kami apa amal perbuatan wanita-wanita ini sehingga Allah swt menyiksanya dengan azab yang demikian?”

Rasulullah saw bersabda:

“Wanita yang digantung dengan rambutnya adalah wanita yang tidak mau menutupi rambutnya dari pandangan laki-laki yang bukan mahram.

(hadis isra' & mi'raj)


Kalau kita melihat pada hari ini,ramai di kalangan kita ni dh lupa dh apakah yg dimaksudkan dengan menutup aurat.Bagi mereka,jika sekadar memakai tudung,itu dh dikira menutup aurat. TP di dalam ISLAM, adakah memakai tudung itu adalah syarat sah menutup aurat???

Tuesday, May 4, 2010

peringatan kita bersama

Untuk diri saya sendiri juga ...

Di mana boleh cari ramai Melayu
Pastinya di Kelantan dan Terengganu
Dan juga di pasar malam dan pasar minggu
Di Akademi Fantasia dan Pesta Lagu
Di Jom Heboh orang Melayu berpusu-pusu
Di Sungai Buloh, pusat pemuilihan, dulu di Pudu
Dan di jalan, lumba haram, rempit tak berlampu
Dan di selekoh duit rasuah depa pun sapu
Di pusat serenti akibat ketagih dadah dan chandu
Di malam kemerdekaan dan malam tahun baru
Terkinja-kinja best giler menari macam hantu
Apa hobi orang Melayu
Terkenal dengan budaya malas dan lesu
Berlepak buang masa tak jemu-jemu
Atau baca majalah Mastika, Metro pasal cerita hantu
Tengok telenovela dari Filipina dan Peru
Berpusu-pusu pergi tengok pamiran hantu
Sambil makan junk food, kuaci dan muruku
Sibuk bercerita tentang Datuk K dapat bini baru
Apa pakaian Siti nak pakai itu yang nak tahu
Mana tak gendut berpenyakit selalu
Kalau nak berlagak melayu masih nombor satu
Asal bergaya sanggup makan nasi dan toyu
Boleh tak jumpa mereka di kedai buku
Atau di perpustakaan dan majlis ilmu
Atau ambil kelas kemahiran di hujung minggu
Ada tapi kurang sangat mereka di situ
Kenapa melayu jadi begitu
Nak salahkan siapa ibubapa atau guru
Pemimpin negara atau raja dulu-dulu
Ayat lazim di mulut ialah Melayu malas selalu
Nak harap Kerajaan saja membantu
Terutama sekali kontraktor kelas satu
Tak habis-habis gaduh nak jatuh siapa dulu
pasal jambatan senggek atau siapa dia penghulu
Dan suka sanggat dengan budaya ampu mengampu
Sampai bila kita nak tunggu
Bangsa Melayu jadi bangsa yang maju
BOleh! dengan beberapa syarat tertentu
Pertama dengan banyak menguasai ilmu
Kata nabi ikutlah Quran dan sunnah ku
AlQuran yang diturunkan 1400 tahun dahulu
tapi apa yang kita tahu, cuma baca bila nak halau hantu


Distribusi normal manusia meninggal dunia (tahun)

< 60th
> 70th
60th - 70th
(65th)

Chart

Wahai LeLaKi

Wahai Lelaki, pandanglah kepada Yusuf itu...(written by Hilal Asyraf)
Di dalam kehidupan yang penuh pancaroba, antara ujian yang terhebat bagi seorang lelaki adalah wanita. Dan kadangkala, sampai satu tahap, lelaki akan menyalahkan wanita kerana kejatuhannya.

“Dah diorang pakai seksi sangat, aku pun tak tahan la”

“Suara dia kalau cakap dengan aku, lemah gemalai, aku cair la”

Dan pelbagai lagi perkara. Maka ditekan-tekan wanita agar tidak menggoda lelaki dan sebagainya. Benar, perempuan memang perlu menjaga keperibadian mereka. Tetapi lelaki juga perlu memerhatikan dirinya jua.

Memang perempuan punya saham untuk kejatuhan lelaki, tetapi siapakah sebenarnya yang memilih untuk menjatuhkan diri?

Maka saya mengajak kalian memandang kepada Yusuf.

Moga-moga ada ibrah yang besar di dalam perkongsian ini.


Yusuf dan dirinya

membunuh CiCak


Assalamualaikum Warahmatullah.

Membunuh binatang seperti cicak hukumnya adalah sunat di sisi syarak. Para ulama seperti Imam Nawawi ada menyatakan dan menjelaskan mengenai perkara ini di dalam kitabnya Riyad as-Salihin. Perkara ini juga bersandarkan kepada beberapa hadis Rasulullah S.A.W.

Di antaranya hadis yang digunapakai dan dijadikan hujjah oleh para ulama ialah:

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Cicak itu meniup (untuk menyemarakkan) api yang membakar Nabi Ibrahim A.S.
(Riwayat Bukhari dan Muslim).
Boleh juga merujuk kitab Bidayah wa al-Nihayah karangan Imam Ibnu Khatir yang turut menjelaskan perihal ini.

Abdul Razak menceritakan daripada bapanya bahawa Rasulullah S.A.W. menyuruh membunuh cicak dan baginda menamakannya (cicak) sebagai: Pembuat kerosakan.
(Riwayat Muslim).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Sesiapa yang membunuh cicak pada pukulan yang pertama, baginya sekian banyak pahala, dan sesiapa yang membunuhnya pada pukulan yang kedua, baginya sekian banyak pahala yang kurang dari yang pertama, dan jika membunuhnya pada pukulan yang ketiga, baginya sekian banyak pahala yang kurang dari pahala yang kedua.
(Riwayat Muslim).


Wallahualam.