Tuesday, May 4, 2010

membunuh CiCak


Assalamualaikum Warahmatullah.

Membunuh binatang seperti cicak hukumnya adalah sunat di sisi syarak. Para ulama seperti Imam Nawawi ada menyatakan dan menjelaskan mengenai perkara ini di dalam kitabnya Riyad as-Salihin. Perkara ini juga bersandarkan kepada beberapa hadis Rasulullah S.A.W.

Di antaranya hadis yang digunapakai dan dijadikan hujjah oleh para ulama ialah:

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Cicak itu meniup (untuk menyemarakkan) api yang membakar Nabi Ibrahim A.S.
(Riwayat Bukhari dan Muslim).
Boleh juga merujuk kitab Bidayah wa al-Nihayah karangan Imam Ibnu Khatir yang turut menjelaskan perihal ini.

Abdul Razak menceritakan daripada bapanya bahawa Rasulullah S.A.W. menyuruh membunuh cicak dan baginda menamakannya (cicak) sebagai: Pembuat kerosakan.
(Riwayat Muslim).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Sesiapa yang membunuh cicak pada pukulan yang pertama, baginya sekian banyak pahala, dan sesiapa yang membunuhnya pada pukulan yang kedua, baginya sekian banyak pahala yang kurang dari yang pertama, dan jika membunuhnya pada pukulan yang ketiga, baginya sekian banyak pahala yang kurang dari pahala yang kedua.
(Riwayat Muslim).


Wallahualam.

No comments:

Post a Comment